fb fb fb fb fb

UMNO perlu ketepi niat jatuhkan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

(Dr Ahmad Zahid Hamidi)

ALOR SETAR, 5 Mac- Semua pimpinan UMNO perlu mengenepikan hasrat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan UMNO terus utuh dan relevan pada masa depan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya pimpinan UMNO yang ada perlu memainkan peranan turun ke bawah bagi meyakinkan rakyat khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk harus dipertahankan, maka pasukan yang akan memimpin UMNO di peringkat Majlis Tertinggi Wanita, Pemuda dan Puteri mesti berada dalam satu pasukan agar kerajaan yang ada tidak akan tergugat.

"UMNO harus bangkit bagi menterjemahkan agenda agar UMNO membumi kebawah dan mempunyai cita rasa dan fikrah (pemikiran) berada dalam satu pasukan.

"Semangat sepasukan penting dengan tidak mempunyai agenda-agenda, selain daripada ketetapan yang telah dibuat oleh parti," katanya pada Majlis Pengenalan Calon-Calon, Ahli Majlis Kerja Tertinggi termasuk EXCO Sayap-Sayap Pemilihan UMNO 2023-2026 Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.

(Dr Ahmad Zahid Hamidi)

 

 

Media Baharu