fb fb fb fb fb

UMNO masih belum ada keputusan terhadap Tengku Razaleigh

PONTIAN, 7 Mei - Pucuk pimpinan UMNO masih belum berbincang mengenai keputusan yang akan diambil terhadap bekas Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung tindakannya mengadakan pertemuan dengan AMANAH Kelantan di luar pengetahuan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan dan pandangan sebelum diluluskan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

"Walaubagaimanapun pucuk pimpinan tidak ada membuat sebarang perbincangan lagi tentang perkara ini. Kita tunggulah mesyuarat majlis kerja tertinggi ataupun mesyuarat pengurusan untuk membincangkan apa yang sedang dibuat oleh Tengku Razaleigh," katanya di sini ketika hadir Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Pontian hari ini.


(Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika hadir Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Pontian di sini)

Sementara itu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga belum memutuskan untuk menyuburkan kembali Muafakat Nasional (MN).

Ia berikutan mesyuarat UMNO diadakan sebulan sekali dan tiada isu itu dibangkitkan pada perbincangan lalu.

Media Baharu