fb fb fb fb fb

Atlet karate pekak Yilamaran selamat tiba di tanah air

SEPANG, 7 Mei - Atlet karate pekak negara, V. Yilamaran selamat tiba di tanah air hari ini.

Yilamaran disambut oleh Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan diiringi jurulatihnya, Chok Kong Yu dan Pengurus pasukan karate, Chan Kok Sheng.

Beliau berjaya menghadiahkan pingat pertama pada temasya Sukan Deaflympic ke-24 di Caxias do Sul, Brazil pada 2 Mei lalu.


(Yilamaran a/l Vispalingam meraih pingat perak acara kumite bawah 84 kilogram pada kejohanan Karate Deaflympic di Brazil)

Atlet kelahiran Johor itu menempa sejarah tersendiri apatah lagi ini pertama kali negara mengambil bahagian acara itu di peringkat dunia dan merangkul pingat untuk kontinjen Malaysia.

Atlet berusia 22 tahun itu berjaya merangkul perak menerusi acara kumite lelaki bawah 84 kilogram selepas tumpas kepada Makhno Oleksanr dari Ukraine pada aksi final.

Yilamaran berjaya mengatasi pesaing tuan rumah Sergio Garcia pada pusingan pertama, diikuti Avi Bokler dari Israel (suku akhir) dan Abdolghafour Ebhahim dari Iran (separuh akhir) dalam laluan ke final pada saingan yang disertai oleh wakil daripada 10 negara.

Media Baharu