fb fb fb fb fb

TH beri jaminan, tidak wujud ‘kabel’ potong giliran

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Tabung Haji (TH) beri jaminan tidak wujud isu menggunakan ‘kabel’ atau memotong giliran untuk mempercepatkan giliran menunaikan haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata tindakan tidak baik itu juga seakan menidakkan hak orang yang telah disenaraikan untuk menunaikan haji.

"TH mengutamakan jemaah yang menepati kriteria yang sudah disenaraikan," katanya.

Beliau turut menjelaskan kerajaan telah membuat rayuan berhubung kuota tambahan untuk haji musim ini.

"Sekiranya kerajaan Arab Saudi memberikan kuota tambahan, mereka yang merayu mungkin dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

"Terdapat sebahagian yang merayu itu juga tidak melepasi tahap kesihatan yang ditetapkan TH," ujarnya lagi.


(GAMBAR FAIL)

Beliau turut menasihatkan bakal jemaah haji dan juga umrah supaya mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) semasa kerajaan Arab Saudi.

Kuota haji Malaysia tahun ini adalah sebanyak 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.

Media Baharu