fb fb fb fb fb

AMM Ke-58: Mohamad Hasan tempelak Israel sengaja cetus ketegangan di Iran

Mohamad Hasan berucap pada mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean Ke-58 (amm) Di Kuala Lumpur pada Selasa/Foto PMO

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Malaysia mengecam serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran dan menyifatkannya sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa.

Berucap pada Mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) di ibu negara semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan menegaskan serangan tersebut turut membahayakan keselamatan orang awam.

"Ketidakstabilan serantau di Asia Barat semakin memburuk susulan serangan Israel ke atas Iran. Ini adalah hasutan terang-terangan ke arah peperangan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

“Tidak ada bukti Iran memiliki program senjata nuklear. Kemudahan nuklear tidak seharusnya diserang dalam apa jua keadaan,” tegasnya ketika berucap pada Mesyuarat Suruhanjaya SEANWFZ sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian susulan operasi ketenteraan Israel bulan lalu yang menyasarkan fasiliti nuklear dan pegawai kanan Iran.

Dalam mesyuarat itu juga, Mohamad menyeru negara-negara anggota agar tidak membangunkan atau menggunakan senjata nuklear.

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 berlangsung dari 8 hingga 11 Julai dan turut membincangkan isu keselamatan serantau serta pembangunan mampan. - VIORY

GRACE AISYAH KEDAYAN