fb fb fb fb fb

Pemotong rumput maut dirempuh MPV dipandu pelajar

SUNGAI PETANI, 7 Mei - Gara-gara memandu laju, sebuah kenderaan MPV hilang kawalan lalu merempuh dua pemotong rumput hingga seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, Bedong, Kedah.

Pemandu kereta berkenaan pula pelajar berusia 16 tahun dikatakan terbabas dan merempuh pokok sebelum merempuh dua mangsa berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa, 20 tahun, meninggal dunia akibat parah pada kepala manakala rakan senegara, 33 tahun patah bahu kanan.


(Dua pemotong rumput, seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, Bedong, di sini)

"Rempuhan berlaku ketika kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai penyelenggara kebersihan sedang berehat dibahu jalan," katanya di sini

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada remaja berkenaan memang diizinkan atau membawa MPV terbabit tanpa pengetahuan pemiliknya.

Dia tidak mengalami sebarang kecederaan ditahan dan kes disiasat dibawah sekysen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultan Abd Halim, Sg Petani untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dihantar dihospital yang sama untuk rawatan lanjut.

Media Baharu