fb fb fb fb fb

ICQS Wang Kelian akan dinaik taraf

PADANG BESAR, 7 Mei - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian wajar segera dinaik taraf oleh semua jabatan dan agensi yang bertanggungjawab menyelia kompleks berkenaan.

Titah baginda, fasiliti yang menempatkan pelbagai agensi penguat kuasa dan keselamatan negara di Wang Kelian perlu memiliki kemudahan yang sempurna serta persekitaran kerja yang kondusif sebagai pemangkin kepada perkhidmatan yang terbaik.

"Sebagai salah satu pintu masuk negara, Kompleks ICQS Wang Kelian wajar dinaik taraf agar sekurang-kurangnya setanding dengan Kompleks ICQS Wang Prachan di sebelah Thailand yang telah dinaik taraf dan berubah wajah sejak beberapa tahun yang lalu," titah baginda selepas singgah bagi menyempurnakan ‘Program Mahabbah Aidilfitri MAIPs - Wilayah Satun 2022’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di ICQS Wang Kelian, di sini.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, berkenan melawat ICQS Wang Kelian)

Sempena kunjungan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyempurnakan penyerahan sumbangan kuih raya kepada para petugas sempadan Malaysia dan Thailand, selain turut berkenan mengagihkan kuih raya daripada MAIPs kepada komuniti muslim di Wilayah Satun.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, menyempurnakan penyerahan sumbangan kuih raya)

Media Baharu