KUALA LUMPUR, 8 Julai - Paparan graf penggunaan elektrik bagi bulan Julai dalam aplikasi myTNB mungkin tidak tepat susulan, isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan, ralat tersebut menyebabkan data penggunaan dalam bentuk graf bagi bulan semasa tidak dapat dipaparkan buat sementara waktu.
"Kami mengambil maklum isu yang tular di media sosial dan ingin memaklumkan bahawa bacaan kWh sebenar bagi bulan Julai tidak terjejas," jelas TNB.
TNB turut memaklumkan bahawa pelanggan masih boleh menyemak bil muktamad masing-masing selepas tempoh pengebilan seperti biasa.
Pihaknya kini sedang mengambil tindakan sewajarnya dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.