KUALA LUMPUR, 5 November - Kerja-kerja awalan bagi projek naik taraf laluan utama melibatkan laluan dari Serian ke Tebedu di Sarawak disasar siap sepenuhnya menjelang akhir tahun hadapan
Timbalan Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan, bagi baik pulih jalan rosak di laluan itu pula, KKR akan menyediakan penyelenggaraan turapan berdasarkan notis kerosakan yang disediakan syarikat konsesi bersama Jabatan Kerka Raya Negeri Sarawak.
Mengenai kos keseluruhan pula, KKR akan kemukakan anggaran kos sebenar kepada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan bagi penilaian nilai.
"Anggaran kos projek berkenaan akan dikemukan kepada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan selepas selesai kerja-kerja awalan yang dijangka siap pada akhir tahun 2026.
"Setakat ini, anggaran kos bagi kerja ukur adalah sebanyak RM5 juta, reka bentuk awam dan struktur (CNS) RM5.9 juta, kerja-kerja alam sekitar RM500,000, kajian trafik RM300,000 serta audit keselamatan jalan RM800,000," katannya ketika menjelaskan dalam sesi sidang dewan rakyat di Parlimen, hari ini.
Tambah beliau, setelah selesai hujung tahun 2026 atau sebelum itu, pihaknya akan mendapatkan anggaran, untuk menentukan jumlah kos sebenar yang sudah tentu lebih daripada RM500 juta.
Ia juga berkemungkinan sehingga RM1 bilion disebabkan kerana daripada dua lorong akan menjadi empat lorong dengan binaan 10 jambatan.
Cadangan juga turut melibatkan , menaik taraf 11 persimpangan sedia ada dan membina persimpangan baharu U-turn atau P-turn dan membina satu jejantas di SK Sungai Semeran, serta pemasangan lampu isyarat dan lampu jalan selain membina sistem perparitan dan pembentungan kawasan terlibat
Tambahnya, Dari tahun 2021 hingga kini, sejumlah RM .7 juta telah diperuntukkan bagi penyelenggaraan berkala turapan.
Manakala, RM1.325 juta bagi penyelenggaraan bukan turapan dan RM2.5 juta untuk pembaikan cerun yang dilaksanakan oleh pihak konsesi.