PUTRAJAYA, 23 Disember- UMNO dinasihat untuk kerap turun padang bertemu ahli akar umbi dan rakyat kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara tersebut bagi menjelaskan beberapa isu yang dalam parti itu terutama mengenai hubungan baik dengan DAP.
Tindakan tersebut perlu dilakukan bagi memulihkan sokongan yang semakin merosot terhadap parti itu.
Anwar yang juga Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut berkata, "ada dalam kalangan penyokong UMNO mendakwa UMNO keluar landasan kerana kerjasama dengan DAP.
"UMNO perlu menjelaskan hubungan baik dengan DAP kerana DAP diwakili majoriti etnik Cina," katanya dalam Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di sini.
Bagaimanapun Anwar berkata, hubungan parti-parti dalam PH dengan UMNO adalah amat baik dan beliau yakin dengan kepimpinan parti itu kerana sentiasa memberi sokongan yang kuat selain memberikan hubungan kerja yang sangat baik.