fb fb fb fb fb

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 29 Jun

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 18 Jun-Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Khamis 29 Jun 2023.

Demikian diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Haji Mohd Aseral Jusman.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023," katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), sebentar tadi.


(FOTO RTM)

Media Baharu