fb fb fb fb fb

Tindakan tegas kepada individu sebar sentimen 3R

KUALA LUMPUR, 18 Jun- Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang sebar dan menyentuh sentimen berbaur perkauman, agama dan institusi diraja (3R) pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diarah mempertingkatkan usaha bagi mengekang penularan isu bersifat 3R.

"Bila tiba masa untuk pilihan raya, maka banyak maklumat yang salah, palsu atau pun bersifat hasutan, dan kacau ganggu sering diterbitkan.

"Kita tidak mahu demokrasi ini disalah guna atas dasar kebebasan bersuara untuk pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, jangan ulangi sikap seperti yang berlaku pada pilihan raya umum yang lalu dengan menyebar bahan-bahan yang merosakkan keharmonian, mahupun akidah rakyat Malaysia," katanya kepada media selepas Majlis Kempen Kesedaran Keselamatan Siber JOM DIGITAL di Lembah Pantai.

(Fahmi Fadzil)

Media Baharu