fb fb fb fb fb

PRN: Agihan kerusi PH-BN sangat kompleks-Nazmi

(FOTO RTM)

KUALA TERENGGANU, 18 Jun-Rundingan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu dan Kelantan pada Pilihan Raya Negeri-PRN kali ini agak rumit.

Perkara tersebut diakui oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad yang memaklumkan rundingan tersebut juga masih lagi berjalan di peringkat atasan kepimpinan.

Nik Nazmi, yang juga merangkap Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim berkata perkara itu perlu dilaksanakan dengan penuh teliti serta memerlukan pertimbangkan banyak faktor.

Menurutnya, rundingan kali ini adalah berbeza dan tidak sama seperti gabungan antara PKR dan Pas yang pernah berlaku satu ketika dahulu.

“Kalau dulu, walaupun Pas ada sejarah lama (kekuatan tersendiri di Terengganu) dan beberapa kawasan yang tradisional yang menjadi kubu kuatnya, namun masih ada ruang untuk kita bertanding.

“Walaupun tidaklah mudah, namun hasilnya PKR mempunyai wakil di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar iaitu Azan Ismail", katanya selepas hadir pada majlis Temu Mesra bersama Ahli dan Penyokong PKR, di Pejabat Keadilan Cabang Kuala Terengganu, Bukit Besar.

Menurut Nazmi lagi, kerjasama bersama UMNO kali ini berbeza kerana parti itu mempunyai kubu kuat  mereka di Terengganu, dan telah lama bertapak sejak lebih 70 tahun lalu.


(Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MKN) Parti Keadilan Rakyat Kelantan dan
Terengganu)

Media Baharu