fb fb fb fb fb

Tumpu ketirisan yang berlaku melibatkan barang subsidi

KOTA BHARU, 18 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tumpuan kepada ketirisan yang berlaku melibatkan barangan bersubsidi.

Ia berikutan kebocoran subsidi yang berlaku, boleh memberi kesan kepada rakyat.

"Negara ini makmur namun ada banyak bocornya. Subsidi yang sepatutnya diterima golongan tertentu telah diambil. Bila perkara ini berlaku, tidak akan pernah cukup.

"Termasuk di Kelantan kena perhati dan laksanakan dengan baik. Kalau tidak dilakukan, macam mana kita hendak bina sekolah?," katanya pada Majlis Amanat Khas Kepada Penjawat Awam Negeri Kelantan di Dewan Besar Balai Islam Lundang, di sini.

Dalam majlis sama Anwar turut memberi contoh subsidi elektrik yang seharusnya dinikmati rakyat biasa, turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi.

Bagaimanapun, kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan sebarang cukai yang memberi kesan kepada rakyat berpendapatan rendah dan merangka pemotongan subsidi bagi golongan berada yang sebelum ini turut menerima manfaat.

Tegas Anwar, penjawat awam, sebagai suara kerajaan dan pelaksana harus memainkan peranan dalam menerangkan hasrat kerajaan kepada rakyat agar tidak disalah erti.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu