fb fb fb fb fb

Melaka beri fokus subsektor pelancongan bagi TMM 2024

MELAKA, 18 Jun- Kerajaan negeri Melaka beri fokus kepada subsektor pelancongan sukan bagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Exco Pelancongan,Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, ia terutama program atau aktiviti yang melibatkan penyertaan antarabangsa seperti Perahu Naga dan larian marathon.

Penganjuran program sukan seperti itu juga mampu membantu menarik kedatangan pelancong luar negara sekaligus mengetengahkan sukan tradisional yang ada di sini.

"Contohnya macam kita sebut tadi dalam 60 acara, dan program yang kita dah rangka itu termasuk acara maraton peringkat antarabangsa. Itu antara satu contoh yang boleh menarik minat pelancong pada tahun depan," katanya selepas Majlis Perasmian Perarakan Perahu Naga 2023 di Dataran Persahabatan Malaysia-Cina, di sini. 

Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof turut hadir dalam majlis itu.

Abdul Razak berkata, untuk tahun 2023 sebanyak 64 acara telah dirangka bagi mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Mengulas lanjut mengenai program, ia adalah bersempena Perlumbaan Perahu Naga Melaka 2023 yang akan diadakan pada 2 Julai depan yang melibatkan 40 penyertaan dari dalam dan luar negara.

(Abdul Razak Abdul Rahman)

Media Baharu