fb fb fb fb fb

Pengharaman vape perlu dilaksana dengan undang-undang yang tegas

Kempen terhadap keburukan vape perlu ditambah baik di peringkat sekolah / Foto BERNAMA

SEREMBAN, 5 Ogos - Negeri Sembilan menyokong langkah pengharaman rokok elektronik atau vape dan mahu undang-undang lebih tegas dilaksanakan di seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, langkah pengharaman perlu dilaksana seiring dengan penguatkuasaan tindakan undang-undang dan peraturan yang tegas.

"Semua setuju bahawa vape nak diharamkan, tapi selepas diharam tanpa peraturan penguatkuasaan macam mana nak laksana pengharaman tersebut", berkata beliau pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-15 di Seremban.

Tambah beliau, kempen terhadap keburukan vape perlu ditambah baik di peringkat sekolah.
 
Datuk Seri Aminuddin juga memohon pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) melipatgandakan penguatkuasaan bagi memastikan vape yang dicampurkan dengan dadah berbahaya tidak terus berada dalam pasaran.

HASRON BIN HASSAN