fb fb fb fb fb

SMSTSP sambut ulang tahun Jubli Emas

KANGAR, 18 Jun- Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP) mencapai usia 50 tahun penubuhannya sejak ditubuhkan pada 1973.
 
Sepanjang Jubli Emas penubuhannya, SMSTSP berjaya melahirkan ramai pelajar yang berjaya dalam pelbagai sektor sama ada sektor awam, swasta atau usahawan terkenal dalam negara dan antarabangsa serta tokoh politik.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMSTSP Roshadi Rejab, sehingga kini terdapat lebih 5,000 alumni SMSTSP di seluruh negara yang sebahagian besarnya begitu aktif membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek pembangunan pendidikan, sukan, kerohanian dan pembangunan infrastruktur sekolah.
 
Sepanjang tempoh 50 tahun ini, SMSTSP melakar pelbagai kejayaan cemerlang termasuklah pencapaian terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, sukan ragbi yang dijadikan sukan teras telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa serta pelbagai kejayaan lain.

"Kita hendak menonjolkan sekolah kita kepada umum dan juga untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan ibu bapa, guru-guru, serta warga sekolah supaya kecemerlangan anak-anak ini dapat kita tingkatkan.

"Pihak alumni juga banyak membantu untuk menjayakan program ini seperti pada hari ini kita ada forum tentang Journey Forward dan panelnya terdiri daripada alumni sendiri," katanya pada Program Sambutan 50 Tahun Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP), di sini.

(Roshadi Rejab)
 

Media Baharu