fb fb fb fb fb

Kekuatan ummah berpaksikan al-Quran sebagai panduan membina tamadun

Konvensyen Rumah Ngaji Malaysia 1.0 di Masjid Wilayah Persekutuan / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Gerakan Rumah Ngaji terus membina legasi dakwah berteraskan al-Quran apabila lebih 300 penggerak dari seluruh negara berkumpul dalam Konvensyen Rumah Ngaji Malaysia 1.0 di Masjid Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menegaskan bahawa, perjuangan membina kekuatan ummah bukan soal nama atau balasan tetapi satu jihad rohani yang digerakkan dengan cinta kepada Al-Quran.

"Dalam konteks pembinaan masyarakat MADANI seperti mana yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, antara elemen penting dalam pembinaan Malaysia MADANI itu ialah bagaimana kita nak melihat lahirnya insan-insan dalam masyarakat tersebut", katanya.

Tambah beliau, Rumah Ngaji bukan sekadar kempen tetapi gerakan akar umbi yang menjadikan al-Quran sebagai solusi kepada keretakan jiwa hari ini.

Masyarakat Islam merupakan generasi pewaris yang dituntut membina kekuatan ummah dengan al-Quran sebagai panduan membina tamadun.

HASRON BIN HASSAN