KUANTAN, 5 Ogos - Seramai 53 pelajar Diploma Kejururawatan dari kolej universiti swasta di negeri ini menyertai Bengkel Pengurusan Ibadah Pesakit anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata bengkel selama dua hari itu memberi pendedahan tentang pengurusan aurat pesakit, isu halal dalam perubatan dan hak pesakit dari sudut syariah.
Katanya, bengkel itu juga memberi nilai tambah kepada pelajar dalam memahami peranan mereka bukan sahaja sebagai jururawat, malah sebagai individu yang
“Kita di pihak JAIP menyediakan penceramah dalam program ini yang membimbing para pelajar dari segi teori dan amali, termasuk isu aurat serta ibadah ketika pesakit berada di hospital,” katanya kepada RTM selepas merasmikan Bengkel Pengurusan Ibadah Pesakit yang berakhir di sini, hari ini.
Menurut JAIP, pendedahan awal ini penting untuk membentuk jururawat yang beretika dan memahami sensitiviti agama dan budaya pesakit.
Tambah beliau, bengkel ini juga merupakan sokongan kepada industri penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh dan patuh syariah.