fb fb fb fb fb

Semua pihak diseru jayakan pembangunan biodiversiti bandar

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Semua pihak digesa berganding bahu merealisasikan visi pembangunan biodiversiti bandar yang mampan di Malaysia.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, usaha tersebut memerlukan penglibatan menyeluruh daripada sektor industri, komuniti penyelidik, akademik, pihak berkuasa tempatan, belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Kepada pemimpin industri dan sektor swasta, jangan sekadar melihat biodiversiti sebagai program tanggungjawab sosial korporat semata-mata. Sebaliknya, jadikan ia sebahagian daripada strategi utama perniagaan. Sokong usaha seperti meningkatkan keuntungan sambil memulihara alam sekitar dan membangunkan rantaian bekalan yang mesra alam. " katanya pada majlis tandatangan kerjasama Sime Darby Property Berhad bersama Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC).

Golongan penyelidik dan akademik pula diseru untuk terus menghasilkan penyelesaian berasaskan bukti bagi menghubungkan penemuan sains dengan masyarakat.

Dalam masa sama, pihak berkuasa tempatan juga berperanan penting sebagai pelaksana dasar di peringkat komuniti, termasuk merancang dan memperuntukkan sumber bagi pembangunan lestari.

TUN JULIA MOHD TAHIR