fb fb fb fb fb

RMK13: KPDN bangun sistem khas perkukuh pemantauan harga dan rantaian bekalan

Harga dan rantaian bekalan akan dipantau sepanjang RMK13/Foto Bernama

PENAMPANG, 3 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), akan membangunkan Sistem Repositori Harga dan Bekalan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke -13 (RMK13).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia bagi memperkukuh pemantauan harga dan rantaian bekalan.

''Sistem tersebut membolehkan kerajaan menjejak pergerakan harga dan bekalan secara menyeluruh, bermula daripada peringkat pengeluar, pemborong, peruncit hingga ke pengguna akhir,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Kenegaraan MADANI di Penampang.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Armizan memaklumkan, kajian terhadap faktor perbezaan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan telah dimulakan tahun ini.

Selain, pembentukan Jawatankuasa Kestabilan Harga secara berasingan bagi setiap negeri.

ASHRIQ FAHMY AHMAD