fb fb fb fb fb

Jualan Rahmah Perlis tawar barang keperluan Aidiladha

KANGAR, 18 Jun- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Perlis meneruskan penganjuran Jualan Rahmah dengan memfokuskan jualan barangan keperluan menjelang sambutan Aidiladha.
 
Program bermula semalam hingga 28 Jun ini turut diperluaskan ke kawasan komuniti dengan memanfaatkan penggunaan dewan orang ramai.

Menurut Pengarah KPDN Negeri Norazah Jaapar, 16 pilihan barangan ditawarkan dengan potongan harga 10% daripada harga pasaran. 
 
Antaranya beras, telur ayam, bihun, pelbagai jenis bawang, tepung gandum, kentang dan pelbagai jenis pilihan produk untuk minuman.

"Alhamdulillah bekalan stabil, beras super special tempatan juga mudah diperolehi begitu juga dengan bekalan telur. Bekalan gula juga stabil di Perlis dan juga bekalan-bekalan lain. Kita juga menjamin bahawa bekalan barangan keperluan khas untuk persediaan Aidiladha mencukupi," katanya pada Program Jualan Rahmah Kasih Sayang DUN Indera Kayangan.
 
KPDN Perlis turut melaksanakan Jualan Rahmah Mobil di kawasan pedalaman yang menawarkan 10 jenis barangan dengan harga 30% lebih rendah.

(KPDN Perlis anjur Jualan Rahmah)

Media Baharu