fb fb fb fb fb

Kembangkan pengetahuan kanak-kanak, tingkat keyakinan diri

KEPONG, 18 Jun- Seramai 4,439 kanak-kanak pra sekolah diraikan dalam perhimpunan sukan selama dua hari bermula semalam.

Ia turut menghimpunkan lebih 700 pelajar tadika berkeperluan khas terdiri Sindrom Kurang Daya Tumpuan (ADHD), kelewatan pertuturan (speech delay) dan autisme.

Menurut Pengurus Projek Al Kauthar Edukids, penganjuran itu adalah bagi mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri terhadap kanak-kanak.

"Objektif kita, bagi yang terbaik untuk anak-anak dan ibu bapa. Untuk anak-anak ini kita raikan mereka, jadi kami raikan di tempat yang sebegini," katanya kepada pemberita di sini.

Program itu sekali gus mencatat kejayaan dalam Malaysia Book Of Record (MBOR) bagi Perhimpunan Sukan Kanak-kanak Terbesar di Malaysia.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim turut hadir pada program itu.

(Perhimpunan sukan pra sekolah menghimpunkan pelajar tadika berkeperluan khas)

Media Baharu