fb fb fb fb fb

Majlis Ilmu Madani bawa mesej akidah, akhlak dan sahsiah

PUTRAJAYA, 18 Jun- Majlis Ilmu Madani yang diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya memberi kefahaman kepada orang ramai tentang maksud negara Madani yang merangkumi pelbagai aspek.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain memanfaatkan waktu, majlis ilmu ini juga membawa mesej Islam yang lebih bermakna bagi orang ramai menerusi perkongsian daripada tiga tokoh ulama yang hadir.

"Sangat menyenangkan, membahagiakan kerana selari dengan maksud kita. Memberi kefahaman tentang maksud negara madani, asas, akidah yang kukuh, akhlak yang baik, sahsiah maknawiyah.

"Semua itu gunakan untuk menerapkan nilai dalam pelbagai bidang termasuk kemampanan ekonomi dan teknologi digital. Konsep ihsan dan rahmah mengurangkan beban rakyat miskin dan pembelaan umat secara keseluruhannya," katanya dalam ucapan semasa Majlis Ilmu Madani di sini.

Majlis ilmu itu disampaikan agamawan Sheikh Ahmad Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan Syekh Muhammad Haydara Al-Jilani serta Imam Masjid Al-Aqsa - Syeikh Dr. Ekrima Sabri.

Antara pengisiannya termasuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan bagi umat Islam, bagaimana sikap toleransi dapat menyatu padukan umat dan mengawal emosi dalam menjalani kehidupan seharian.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu