fb fb fb fb fb

Suri rumah digalak menyertai SKSSR

(Foto BERNAMA)

SEREMBAN, 19 Jun- Seramai 177,858 individu dilindungi menerusi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), sehingga 15 Jun 2023.

Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar berkata sebanyak RM254,617 faedah telah dibayar kepada suri rumah berinsurans dan keluarga sepanjang tempoh program bermula hingga 1 Disember 2022.

"Saya minta supaya semua suri rumah mengambil maklum mengenai perkara ini dan seboleh-bolehnya suami perlu membantu isteri untuk mencarum.

"Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin tempatan, syarikat swasta atau sesiapa sahaja ingin membuat program tanggungjawab sosial korporat (CSR), inilah tempatnya (SKSSR).

"Suri rumah digalak mencarum dengan SKSSR untuk mendapatkan perlindungan daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga walaupun mereka tidak bekerja," katanya kepada pemberita di sini.

Pihaknya menyasarkan 500,000 individu mencarum kepada SKSSR bagi tahun ini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu