fb fb fb fb fb

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 17 Jun

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd. Aseral Jusman

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini (Isnin).

Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd. Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1445 Hijriah ialah pada 8 Jun 2024 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024,” katanya menerusi pengumuman rasmi disiarkan di saluran televisyen tempatan, sebentar tadi.

ROSLINA BINTI DIN