fb fb fb fb fb

UM sasar sediakan makanan percuma kepada mahasiswa asnaf

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Universiti Malaya (UM) menyasarkan untuk menyediakan makanan percuma kepada mahasiswa yang berada dalam kategori asnaf.

Ia bagi meringankan kos sara hidup yang dihadapi mahasiswa.

Jelas Pengarah Pusat Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar UM, Profesor Dr Aida Idris, kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan mampu merealisasikan hasrat itu.

"Di peringkat awal, kami berbincang dengan Yayasan Prihatin Nasional (YPN) dan lemabaga zakat. Bukan sekadar kita tawarkan Menu Rahmah tetapi kita rasa kita boleh bagi makanan percuma sekurang-kurangnya satu sajian sehari.

Dengan adanya sumbangan dan dana dari MAIWP, kita boleh tawarkan makanan percuma kepada mereka," kata Dr. Aida secara maya ketika ditemu bual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, hari ini.

Tambahnya, kaedah pembungkusan makanan secara vakum akan digunakan untuk memastikan makanan yang ditawarkan sentiasa segar.


(Pengarah Pusat Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar UM, Profesor Dr Aida Idris)

Media Baharu