fb fb fb fb fb

Agong mahu prinsip negara madani dilaksana dengan baik

(Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat bagi merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama
Penggal Kedua Parlimen Ke-15/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyambut baik pemuafatakatan pimpinan parti politik dalam Kerajaan
Perpaduan.

Ini selari cetusan hasrat murni baginda membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan utuh.

"Kerajaan beta boleh menumpukan daya usaha untuk memperkuat tekad bagi menjamin kestabilan politik dan menjana pertumbuhan ekonomi yang akan menjamin kesejahteraan rakyat beta.

"Beta menghargai pengenalan inisiatif negara madani
yang merangkumi aspek-aspek kemampanan kesejahteraan; daya cipta hormat; keyakinan; ihsan; dan rahmah.

"Besar harapan beta prinsip-prinsip tersebut diterjemahkan dengan baik dalam kerangka mencipta lonjakan buat negara," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

(Yang di-Pertuan Agong sambut baik permuafatakatan pimpinan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan)

Media Baharu