fb fb fb fb fb

Kebajikan golongan OKU perlu diperkasa - Agong

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengalu-alukan usaha untuk mengkaji semula Akta Orang Kurang Upaya 2008.

Titah Baginda, usaha itu bagi memelihara kesejahteraan golongan tersebut.

Baginda juga bertitah agar usaha untuk pemerkasaan wanita yang merupakan tonggak dalam institusi keluarga perlu dipertingkat.

"Usaha tersebut bukan sekadar mengembangkan potensi kaum wanita malah ia untuk memastikan penyertaan kaum wanita akan merancakkan ekonomi negara dan seterusnya menjadikan Malaysia lebih berdaya saing ke arah negara berpendapatan tinggi," titah baginda di Parlimen hari ini bersempena Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-15 2023.

Baginda turut mendukung usaha untuk menambah baik undang-undang bagi memastikan kebebasan institusi dan tadbir urus yang baik termasuk pembaharuan sistem perundangan, pengadilan jenayah dan institusi penjara.

Selain itu, kerajaan perlu akan menambah baik aspek perlindungan keselamatan sosial golongan pekerja bagi mendepani cabaran ekonomi tahun ini.

Ini termasuk meningkatkan caruman bagi program skim keselamatan sosial suri rumah yang telah dikuatkuasakan mulai 1 Disember 2022.


(Foto Hiasan/BERNAMA)

Media Baharu