fb fb fb fb fb

Agong berkenan rasmi istiadat pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Turut berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


(Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah/BERNAMA)

Baginda berdua turut menerima sembah ‘Hormat Diraja’ oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja

Al-Sultan Abdullah kemudiannya berkenan berangkat ke sidang Dewan Rakyat bagi menyampaikan Titah Diraja.

Ketika memulakan titah, Baginda merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Turkiye dan Syria ekoran kejadian gempa bumi yang meragut ribuan nyawa.

Baginda turut meminta seluruh Ahli Parlimen bersama bertafakur dan membaca al-Fatihah susulan kejadian berkenaan.

Media Baharu