fb fb fb fb fb

Lebih 1,000 orang hadir Konsert Hari Radio Sedunia 2023 PahangFM

KUANTAN, 13 Februari- Lebih 1,000 orang hadir memeriahkan Konsert Hari Radio Sedunia 2023 yang berlangsung di Auditorium Darul Makmur, di sini, malam tadi.

Konsert anjuran PahangFM itu menampilkan barisan artis terkemuka tanah air seperti Ella, Rahmad Mega, Floor 88, Ezad Lazim, Soo Wincci, Baby Shima, Hazama dan Santesh.

Acara turut dimeriahkan dengan penampilan juruhebah daripada 34 buah stesen radio RTM.

(Persembahan kumpulan Floor 88 pada Konsert Hari Radio Sedunia 2023
yang berlangsung di Auditorium Darul Makmur)

Turut hadir, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal; Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman dan Pengarah Jabatan Penyiaran Pahang, Ariffin Awang.

Konsert yang diadakan bersempena Hari Radio Sedunia itu mengangkat tema 'Radio dan Keamanan'.

Media Baharu