fb fb fb fb fb

Mayat bayi ditemukan di pekarangan masjid

SEREMBAN, 13 Februari- Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, polis menerima maklumat pada pukul 4.35 petang daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat bayi yang dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna kuning.

“Kita percaya bayi perempuan tersebut baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam.

Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kes ini," katanya menerusi kenyataan.

(Mayat bayi perempuan ditemukan di dalam beg berwarna kuning yang
ditinggalkan di pekarangan masjid / Foto PDRM)

Kes disiasat bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau ke balai polis berhampiran.

Media Baharu