fb fb fb fb fb

Ular sawa ditangkap selepas telan seekor kambing

KULAI, 28 September - Penduduk di Felda Inas, Kulai, Johor digemparkan dengan penemuan seekor ular sawa sepanjang  6 meter, di dalam sebuah kandang kambing, kira-kira 7.20 pagi tadi.

Reptilia berkenaan ditemui dalam keadaan lemah selepas menelan seekor kambing.


(Anggota bomba  cuba untuk keluarkan kambing dari dalam mulut ular sawa)

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Tinggi 2, Bakhtiar Selamat memaklumkan, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi selepas dihubungi pemilik kandang berkenaan.

Anggota terpaksa mengeluarkan kambing yang ditelan ular itu, sebelum menangkapnya menggunakan penjerut.

Ular itu kemudian dilepaskan ke kawasan yang jauh dari penempatan.

Media Baharu