fb fb fb fb fb

Siap siaga banjir: 96 PPS sedia diaktifkan di KL dan Putrajaya

KUALA LUMPUR, 28 September- Sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu menampung lebih 22,000 penduduk terjejas banjir sekitar ibu negara dan Putrajaya sedia diaktifkan sebagai persiapan menghadapi bencana itu sepanjang musim Monsun Timur Laut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ia merupakan sebahagian daripada 6,010 PPS di seluruh negara.

"Kementerian menerusi JKM sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi bencana yang berlaku khususnya ketika Monsun Timur Laut yang berlaku setiap tahun lazimnya bermula pada bulan Oktober sehingga Mac.

"Demi mengutamakan kesejahteraan penghuni PPS terutama dalam soal penyediaan makanan, penggunaan makanan bungkusan untuk digunakan sebagai persediaan awal," katanya.


(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun)

Rina berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS di ibu negara.

Ujarnya pihak JKM turut menggerakkan seramai 312 orang kakitangan JKMWPKL, 113 sukarelawan dan 53 orang Phychological Support Team bagi membantu ketika musim banjir nanti.

Sebelum ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dilaporkan mengenal pasti sejumlah 36 titik panas berisiko banjir di ibu kota antaranya Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Kampung Kassipilay, Kampung Puah dan Kampung Chubadak.

Media Baharu