fb fb fb fb fb

SejaTi MADANI : Projek fertigasi timun bantu jana pendapatan penduduk Batu Papan

Semua hasil timun Projek Fertigasi Timun Kampung Batu Papan dipasarkan kepada pemborong serta tiga pasar raya utama di Gua Musang, Kuala Lipis dan Raub, Pahang

GUA MUSANG, 18 Ogos – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Batu Papan, Gua Musang memanfaatkan peruntukan RM100,000 melalui Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI) dengan melaksanakan projek tanaman timun batang secara fertigasi gantung.

Dalam tempoh setahun lalu, projek berkenaan berjaya mengeluarkan lebih 15 tan hasil timun batang yang dipasarkan kepada pemborong dan pasar raya.

Pengerusi JPKKP Kampung Batu Papan, Mohd Iskandar Abu Bakar berkata, projek fertigasi itu memberi manfaat ekonomi kepada penduduk setempat termasuk peluang bekerja sambilan di kebun.

Beliau menjelaskan, sebanyak RM80,000 daripada peruntukan digunakan untuk kos sewaan tanah, pembelian peralatan serta modal pusingan, manakala kira-kira 2,000 polibeg timun batang disediakan setiap musim.

Sementara itu, Pengurus Projek Fertigasi Timun, Muhammad Farid Abdul Hadi memaklumkan projek berkenaan kini memasuki musim ketiga dengan hasil kutipan lebih empat tan setakat ini.

Seorang penduduk, Junainah Saeroni turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas pelaksanaan projek itu yang memberi peluang pekerjaan harian seperti kerja mengutip dan membungkus hasil.

Semua hasil timun dipasarkan kepada pemborong serta tiga pasar raya utama di Gua Musang, Kuala Lipis dan Raub, Pahang.

1808 KTN SEJATI MADANI TIMUN12Pengurus Projek Fertigasi Timun, Muhammad Farid Abdul Hadi

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE