IPOH, 18 Ogos – Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukan sahaja dianggap sebagai bantuan kewangan, malah menjadi sokongan penting kepada rakyat yang berdepan peningkatan kos sara hidup.
Bagi kebanyakan penerima, bantuan itu dimanfaatkan untuk perkara mendesak dalam kehidupan seharian, khususnya pembelian barangan asas.
Ia sekali gus membuktikan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan.
Seorang penerima, Erly Azliny Khalip berkata, STR amat membantu dalam menyediakan keperluan asas keluarga.
"Macam saya ada anak kecil, memang sangat membantu untuk beli susu, keperluan anak, lepas tu keperluan asas macam beras, gula, susu, memang membantu sangat," katanya.
Erly Azliny Khalip
Bagi Razali Abdul Majid, seorang pesara, bantuan tersebut walaupun tidak besar tetap memberi makna.
"Pakcik orang bersara, ada pendapatan daripada pencen. Tak adalah terdesak sangat, kalau tak dapat pun tak apa. Tapi bila dapat, memang membantu. Pakcik gunakan untuk beli barang-barang keperluan," ujarnya.
Razali Abdul Majid
Sementara itu, Mohd Razif Adnan menjelaskan, bantuan itu membantu meringankan kos perbelanjaan harian keluarganya.
"Sekurang-kurangnya duit STR ni dapat membantu saya dan keluarga beli barang-barang dapur, terutama barangan asas makanan dan minuman," katanya.
Untuk pelaksanaan Fasa 3, seramai 8.6 juta penerima di seluruh negara mendapat manfaat daripada peruntukan berjumlah RM2 bilion, yang mula dikreditkan pada 12 Ogos lalu.
Razali Abdul Majid
Jumlah itu meningkat sebanyak 300,000 penerima berbanding 8.3 juta penerima bagi Fasa 1 pada Januari lalu.