fb fb fb fb fb

UiTM perluas kerjasama, meterai MoU bersama Brunei

SHAH ALAM, 20 Julai- Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus melebarkan sayapnya dengan mengadakan perjanjian strategik bersama universiti terkemuka dunia.

Bagi tujuan itu, UiTM telah pun mengadakan beberapa program dua hala bersama universiti luar negara dan pemain industri bagi memastikan pelajar dan warga kerjanya mendapat tempat di pasaran kerja selain mewujudkan peluang pekerjaan.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata usaha pengkongsian ilmu menerusi aktiviti ‘Collaborative Teaching’ dititikberatkan UiTM dalam usaha mendedahkan pelajar dengan ilmu pendidikan dan amalan industri secara global.

"Program yang dirancang termasuklah pertukaran kepakaran , penganjuran kursus jangka pendek dan persidangan antarabangsa," katanya.


(Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr Roziah Mohd Janor)

Dr Roziah berkata demikian pada majlis MoU Persefahaman antara UiTM menerusi Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur dengan Brunei Institution of Geomatic (B.I.G) dan M.D Associates di Shah Alam.

MOU itu bagi membangun dan menambah baik pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan antara institusi kedua-dua negara.

Media Baharu