fb fb fb fb fb

Dunia digesa desak Israel hentikan hasrat kuasai Gaza

Pakar Geostrategis, Profesor Madya Dr Azmi Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos -Dunia digesa untuk meningkatkan tekanan dan desakan bagi menghalang hasrat Israel mengambil alih sepenuhnya kawalan ke atas Gaza, terutamanya ketika konflik di Palestin masih berlarutan.

Pakar Geostrategis Profesor Madya Dr Azmi Hassan berkata, tindakan itu hanya akan memburukkan lagi keadaan dan menambah penderitaan serta meningkatkan angka kematian rakyat Palestin.

"Bukan sahaja penentangan ini datang daripada pemimpin negara Eropah seperti Perdana Menteri United Kingdom, Perdana Menteri Kanada juga Presiden Perancis tetapi juga tentangan daripada dalaman iaitu daripada Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sendiri tentang niat Netanyahu mahu mengambil alih Gaza.

"Ini kerana perkara ini tidak memberi keuntungan manfaat kepada semua pihak yang terlibat, jadi dalam hal ini seharusnya dunia terutama sekali Liga Arab Kesatuan Eropah termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberi tekanan, kerana kalau dibiarkan malapetaka apa yang dikatakan sebagai nakbar yang kedua akan berlaku terhadap penduduk Gaza," katanya ketika dihubungi RTM.

Profesor Madya Dr Azmi juga berkata, tekanan khusus juga harus diberikan keatas Amerika Syarikat (AS) memandangkan negara itu merupakan sekutu kuat Israel dalam menyokong tindakan tersebut.

TETITIA YUSOFF