fb fb fb fb fb

4,000 peluang pekerjaan ditawar sempena JAKM Kelantan

KUALA LUMPUR, 20 Julai- 4,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan menerusi Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia, sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Kelantan bermula 22 hingga 24 Julai ini.

Program selama tiga hari itu berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Peluang pekerjaan ditawarkan oleh 28 agensi swasta dan kerajaan yang terdiri daripada pelbagai industri.

Jelas Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek tawaran tersebut bertepatan ketika negara berada dalam fasa peralihan ke endemik.

Sekali gus dapat membantu masyarakat bangkit semula selepas terkesan dengan pandemik COVID-19.

"Antara yang turut memberi tawaran pekerjaan seperti Maybank, Proton dan SKMM sendiri, ini antara peluang yang dapat dinikmati.

"Selain itu diadakan juga jualan keperluan barang harian yang turut dipamerkan dengan diselaraskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan KPDNHEP," katanya.

(Datuk Seri Mohammad Mentek)

Beliau ditemui di Angkasapuri selepas menjadi tetamu program rancangan terbitan RTM.

Seramai 50,000 pengunjung dijangka menghadiri siri keenam Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Kelantan.

Antara aktiviti lain yang bakal menghiasi program tersebut ialah pameran daripada syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan pertandingan memasak.

Turut diadakan pertandingan lagu-lagu patriotik bagi memeriahkan pra sambutan bulan kebangsaan.

Media Baharu