fb fb fb fb fb

Impak kemajuan industri automotif, jana pendapatan negara, cipta peluang pekerjaan- PM


KUALA LUMPUR, 20 Julai-
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Perodua Alza Serba Baharu Perodua Alza Serba Baharu, hari ini.

Pelancarannya merupakan salah satu pencapaian membanggakan Perodua sejak syarikat pengeluar kenderaan terbesar negara itu ditubuhkan; selain menjadi bukti kerjasama secara efektif di antara kerajaan dan swasta sejak sekian lama.

"Impak kemajuan industri automotif negara dapat dilihat melalui aktiviti ekonomi yang dijana seperti mewujudkan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran teknikal, pindahan teknologi dan mengurangkan kebergantungan kepada syarikat asing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran kenderaan pelbagai guna segmen B berkenaan di ibu negara yang turut dihadiri Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.


(Datuk Seri Ismail Sabri melancarkan Perodua Alza Serba Baharu, hari ini)

Syarikat automotif nasional juga katanya dilihat bertanggungjawab memajukan industri melalui pelaburan lestari, selain berusaha untuk meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan daripada aspek kualiti, teknologi dan produktiviti.

Dalam pada itu, Ismail berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah strategik bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi global seperti krisis geopolitik dan perubahan iklim.

Untuk itu, syarikat korporat diseru untuk saling bekerjasama bagi mencapai matlamat karbon neutral di Malaysia menjelang 2050.

"Seperti ini dapat membantu mencapai matlamat karbon neutral di Malaysia pada tahun 2050, seperti mana yang telah dipersetujui di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Keluarga Malaysia yang saya kasihi, Tenaga Nasional Berhad kini sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga yang bersih serta penyediaan stesen pengecas kenderaan elektronik yang secukupnya.

"Pada masa yang sama, Perodua boleh mengambil peluang ini dengan meneroka peluang baharu seperti menghasilkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang mampu dimiliki oleh Keluarga Malaysia," katanya.

Ujarnya, kerjasama pintar seperti itu perlu dilaksana segera bagi mengatasi kesan perubahan iklim yang melanda dunia.










Media Baharu