fb fb fb fb fb

Bekalan makanan negara: Inisiatif berorientasi intervensi perdagangan, pengeluaran dan pengguna- Ronald

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Beberapa langkah jangka pendek dilaksanakan bagi menjamin kestabilan bekalan makanan negara.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, kesemua inisiatif tersebut berorientasikan intervensi perdagangan, pengeluaran dan pengguna.

Antaranya, batal kuota import barangan dari luar negara, laksana stok penimbal tambahan untuk produk ayam dan ikan serta permudah proses pembayaran tuntutan subsidi.


(GAMBAR FAIL)

Memudahcara proses import itu melalui penangguhan 'fee permit' dan 'priority lane' ke atas empat komoditi merangkumi soya, gandum jagung makanan ternakan berasaskan haiwan dan tumbuhan, memberikan pengecualian khas kepada pekerja asing dan industri ternakan ayam contohnya, mengkaji mekanisme mengurangkan kos minyak sawit mentah bagi syarikat dua pengilangan yang melaksnakan pengilangan makanan ternakan, penambahan loji pemprosesan luar negara bagi meningkatkan dan mempelbagaikan sumber import bekalan makanan ayam dan daging," katanya.

Ronald menjawab soalan tambahan ahli parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris.

Pihak kementerian turut memperkasa kerjasama strategik dengan semua pihak berkepentingan dan industri bagi memantapkan rantaian bekalan makanan negara.

Media Baharu