fb fb fb fb fb

MOTAC kenal pasti usaha mantapkan Konsep Pelancongan Islamik

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengenalpasti beberapa usaha baru untuk memantapkan lagi Konsep Pelancongan Islamik (ITC) di Malaysia.

Jelas Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, ia termasuklah memperkenalkan pengiktirafan penginapan mesra muslim, (MFAR), Pemandu Pelancong Mesra Muslim (MFTG) dan program Jejak Pelancongan Masjid.


(Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri)

"Beberapa contoh yang suka saya kongsikan termasuklah memperkenalkan program Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (Muslim Friendly Accommodation Recognition – MFAR).

"Program ini mengiktiraf pengusaha hotel premis penginapan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan Mesra Muslim berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh ITC", katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Tambah beliau, ITC juga telah menjalinkan pelbagai kerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam membangunkan produk pelancongan.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.

Media Baharu