(Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah merasmikan mesyuarat kedua bagi
Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar/Fail BERNAMA)
JOHOR BAHRU, 20 Julai- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selamat kembali dan bersemayam di atas takhta kerajaan Johor bermula hari ini.
Pengumuman itu dibuat Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli menerusi Percanangan Dalam Bil: 3/2022, bertarikh 20 Julai 2022.
"Jumaah Majlis Diraja Johor mengumumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, telah selamat kembali dan bersemayam di atas takhta kerajaan Johor mulaiĀ 20 Julai 2022.
"Daulat Tuanku. Allah Peliharakan Sultan," menurut Abdul Rahim menerusi Percanangan Dalam berkenaan.
(FOTO ROYAL PRESS OFFICE)
Pada 16 Jun lalu, Sultan Ibrahim berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja Johor.
Baginda bertitah, pelantikan dibuat kerana baginda mahu berehat.