fb fb fb fb fb

Takziah atas pemergian penjaga gol legenda Pulau Pinang Riros Mohamed

Datuk Seri Dr Zambry menemui keluarga Allahyarham bagi memberikan sokongan moral.

KUALA LUMPUR, 6 Julai - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Firos Mohamed, bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang yang meninggal dunia ketika beraksi dalam perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru ‘Legend All Star’ di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Datuk Seri Dr Zambry menerusi hantaran di Facebook turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham, dan menyifatkan kehilangan Firos Mohamed, sebagai satu kehilangan besar buat komuniti bola sepak negara.

“Saya telah mengarahkan agar segala bentuk bantuan yang diperlukan disalurkan kepada keluarga Allahyarham, termasuk urusan penghantaran jenazah dan pengebumian agar semuanya dipermudahkan.

“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Firos Mohamed. Semoga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini,” katanya.

Menurut Datuk Seri Dr Zambry, beliau sendiri sempat hadir ke hospital selepas dimaklumkan mengenai berita duka itu, dan berkesempatan menemui keluarga Allahyarham bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberikan sokongan moral.

HASRON BIN HASSAN