fb fb fb fb fb

UCAM bimbing usahawan dapat sijil halal

(FOTO BERNAMA)

NILAI, 11 Julai - Lebih 500 usahawan RISDA dan 150 pemain industri menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, ia sebagai jaminan kehalalan sesuatu produk atau perkhidmatan, sekaligus menjadi nilai tambah kepada perdagangan antarabangsa.

"Kita cuba menarik minat para pelajar khususnya dalam mempelbagaikan bidang.

"Tidak hanya fokus kepada pertanian itu sendiri tetapi juga kita menyediakan kursus-kursus sampingan yang boleh manaiktraf industri pertanian itu sendiri", katanya alam sidang media selepas Majlis Konvokesyen UCAM Kali ke-20 di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini.

Seramai 300 graduan menerima sijil, diploma dan ijazah pada majlis berkenaan.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Abdullah Zainal dan Ketua Pegawai Eksekutif UCAM, Faizatul Akmar Datuk Hisan.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu