fb fb fb fb fb

RTM rangkul anugerah Laporan Berita Sukan Terbaik di Anugerah Asiavision 2023

KUCHING, 11 Julai - Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjaya merangkul anugerah Laporan Berita Sukan Terbaik pada Malam Anugerah Asiavision 2023, malam tadi.

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman berkata Liputan 'Johor Ironman Contest Challenges Competitors' berjaya menewaskan empat lagi penyertaan dalam kategori sama yang disertai stesen-stesen penyiaran awam dan kerajaan daripada 57 negara anggota Kesatuan Penyiaran Asia-Pacifik (ABU).

(Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman (tengah) bersama Timbalan Pengarah
Berita Ehwal Semasa, Md Shahri Saripan (kiri) dan Ketua Penolong Pengarah
Seksyen Perhubungan Antarabangsa, Ivan Toh (kanan))

"Tahniah kepada RTM kerana memenangi 'Best Sport Report Asianvison Award 2023'... Tahniah," kata Suhaimi kepada RTM.

Sementara itu, bagi Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa, Md Shahri Saripan kemenangan itu diluar jangka.

"Ia satu pengiktirafan kepada wartawan-wartawan sukan berita RTM dan ini merupakan pengiktirafan terbaik yang kita dapatlah sempena Asiavision Award satu bukti bahawa produk RTM adalah produk terbaik di rantau Asia Pasifik," katanya.

Sebanyak sembilan anugerah dipertandingkan, antaranya Laporan Berita TV Terbaik dan Laporan Berita Bersiri Terbaik.

Malam Anugerah Asiavision 2023 diadakan sempena Mesyuarat Tahunan Kumpulan Berita Anggota ABU dan Forum Berita Global 2023 yang berlangsung selama tiga hari, di Kuching, Sarawak.

Media Baharu