fb fb fb fb fb

Kes kanak-kanak lemas, guru besar taska didakwa esok

(FOTO RTM)

IPOH, 11 Julai - Seorang guru besar sebuah taska di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini akan dihadapkan ke mahkamah esok kerana disyaki cuai sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, April lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, guru besar berusia 58 tahun itu akan didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Menurutnya lagi, Pihak polis turut mengesan satu video berdurasi 30 saat dimuat naik pemilik akaun Facebook ‘Sathruhan Manian’ yang menuduh pihak polis tidak menjalankan siasatan telus berkaitan kejadian itu.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak menyalahgunakan platform media sosial dengan membuat dakwaan tidak berasas terhadap pihak berkuasa sehingga menggangu siasatan serta menjejaskan kredibiliti PDRM.

Pada 18 April lalu, polis menerima satu laporan mengenai kejadian mati lemas seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun di dalam kolam sebuah taska di Bandar Baru Sri Klebang.

 


(Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan)

Media Baharu