fb fb fb fb fb

Polis tutup, lencong jalan sempena pelancaran Bulan Kebangsaan

(FOTO HIASAN)

IPOH, 11 Julai - Beberapa jalan akan ditutup dan akan dilencongkan di sekitar Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini pada Ahad ini (16 Julai) bersempena dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata penutupan dan lencongan akan bermula seawal pukul 7 pagi sehingga acara selesai.

(Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan / FOTO FAIL)

"Antara jalan terlibat adalah Lebuh Meru Raya; Persiaran Meru Raya 1; Persiaran Meru Raya 2; Persiaran Meru Raya 3 dan Persiaran Meru Raya 4. Turut terlibat, Jalan Meru Bestari dan Bulatan Sultan Azlan Shah," kata ACP Yahaya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu katanya, pengguna jalan raya dinasihat untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan semasa penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan.

Media Baharu