KOTA TINGGI, 17 Jun- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diminta menimbang atau mengubah suai semula pinjaman yang diberikan sekiranya pelaksanaan pembelajaran secara hibrid atau anjal dilaksanakan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan itu bagi memastikan jenis pinjaman ditawarkan bersesuaian dengan sistem itu jika dilaksanakan nanti.
Terdahulu, Presiden Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) Nur Nazirah Abdullah mencadangkan, "yuran IPTA wajar dikurangkan 50% sekiranya sistem pembelajaran hibrid dan jadual anjal dilaksanakan di semua universiti awam."
Ini disebabkan pembelajaran hibrid hanya melibatkan 90% sahaja bidang pengajian dan ia dibuat secara pilihan serta bukan diwajibkan untuk semua pelajar.
"Dia boleh mohon secara anjal tetapi, ia hanya meliputi beberapa subjek yang sesuai dilakukan secara anjal. bukan semua hanya dalam 90 bidang sahaja yang sesuai dilakukan anjal," katanya ketika mengadakan lawatan ke Felda Bukit Easter, di sini.
Bagaimanapun, tawaran kemasukan ke semua Institut pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan politeknik bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih belum dibuka.
Mohamed Khaled turut menegaskan, agar tidak terpedaya dengan sebarang tawaran yang diterima menerusi laman media sosial, kerana tindakan itu hanya mahu mendapatkan duit semata-mata.
(Mohamed Khaled Nordin)