BESUT, 17 Jun- Seorang kru bot nelayan maut, dua penumpang cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Perairan Pulau Perhentian Besut hari ini.
Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi tadi melibatkan dua buah buat bot iaitu sebuah bot nelayan dengan bot pelancong.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut Deputi Supritenden DSP Azrol Anuar Nor berkata, "semasa kejadian, bot pelancong jenis fiber discovery membawa dua kru dan 10 penumpang dari Long Beach ke jeti Perhentian Island Resort Pulau Besar.
"Ketika tiba di lokasi kejadian bot pelancong berkenaan telah melanggar bot nelayan yang membawa tiga kru dan 10 penumpang yang baru pulang dari mencandat sotong ke untuk ke jeti Kampung Nelayan di Pulau Perhentian," katanya.
Akibat pelanggaran itu bot nelayan yang membawa warga tempatan bocor dan tenggelam mengakibatkan seorang kru yang dikenali sebagai Rahmat Mat Ariffin, 43, dari Kampung Nail meninggal dunia.
Manakala bot pelancong yang membawa lapan penumpang dewasa termasuk tiga warga asing dan dua kanak-kanak hanya mengalami kerosakan kecil dan semua mangsa selamat .
Kemalangan telah dirujuk pihak Maritim Terengganu untuk siasatan lanjut.
Menurut DSP Azrol, beliau turut mengingatkan "pengusaha bot mematuhi peraturan ditetapkan semasa berada di perairan termasuk memastikan bot berada dalam keadaan baik serta mengukit laluan yang telah ditetapkan pihak berkuasa."
Pengusaha bot juga diingatkan mengutamakan aspek keselamatan terutamanya penggunaan jaket keselamatan dan membawa penumpang mengikut peraturan ditetapkan.
(Kemalangan dua buah bot di Pulau Perhentian)